Monday 20 June 2011

Main, Permainan dan Sukan

Maksud main, permainan dan sukan.

Main

Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak- kanak.

Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).


Permainan

Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan.


Sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi (Ensiklopedia bebas Wikipedia ).

SOSIOLOGI SUKAN - Perpaduan dan Integrasi Kaum dalam Konsep Sukan Untuk Semua


Sabtu September 25, 2010 

Konsep Sukan Untuk Semua Dapat Pupuk Perpaduan Kaum 

SHAH ALAM: Konsep sukan yang disertai oleh semua kaum di peringkat akar umbi adalah lebih berkesan dan berkekalan dalam memupuk perpaduan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Katanya pembangunan sukan di peringkat akar umbi mampu mewujudkan semangat berpasukan bagi memantapkan ikatan perpaduan dan keharmonian masyarakat.
"Justeru itu, bidang sukan harus diterokai dengan giatnya agar golongan muda boleh berinteraksi melalui sukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Kampus Dodgeball 2010 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini, Sabtu.
Koh berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, institusi pengajian tinggi serta sekolah dalam mempromosikan konsep sukan untuk semua di semua peringkat.
Beliau juga menggesa agar sektor korporat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberikan tajaan dan sumbangan secara langsung kepada pembangunan sukan dalam usaha memupuk perpaduan. .

BERNAMA

Friday 17 June 2011

SOSIOLOGI SUKAN

Pengenalan
a.Definisi : Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial masyarakat dalam sukan.
Saintifik : sesuatu yang teratur,empirikal, sistematik serta mengambil kira isu berkaitan validiti dan reliabiliti kaedah kajian yang digunakan
Struktur : suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar atau satu unit pasukan.

Proses : interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi,proses mengistitutsikan dan yang lain berkaitan.
Konsep Asas Kesukanan
Main : Menyatukan dugaan dan harapan seseorang melalui tindakannya semasa sukan. Bermain menggambarkan keadaan dalam fikiran dan perasaan hasil daripada penglibatan dalam sukan.
Permainan : Merujuk reka bentuk struktur, dan format sesuatu aktiviti sukan. Komponen-komponen ini meliputi peraturan, strategi, kemudahan dan peralatan sukan.
Sukan : Merujuk cara atau gaya tindakan dalam sukan. Koperatif (saling bekerjasama) dan kompetitif (sifat pertandingan) merupakan tingkah laku asas manusia yang biasa timbul semasa mereka berinteraksi. Kedua-duanya merupakan pengalaman yang diperoleh semasa bersukan walaupun mungkin satu daripadanya lebih dirasai daripada satu lagi.
Konsep sosialisasi sukan :
1.Sosialisasi ke dalam sukan
         Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.
2. Sosialisasi menerusi sukan
        Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.
 

KOMPONEN SAINS SUKAN KERTAS 2

Komponen Kertas 2 Sains Sukan STPM (966/2)

Kertas 2 mengandungi soalan-soalan bagi tajuk :

1.      Sosiologi Sukan,
2.      Pengurusan Sukan
3.      Fisiologi Senam,
4.      Kinesiologi dan Lakuan Motor
5.      Psikologi Sukan dan
6.      Pemakanan Sukan

Pembahagian soalan :

1. Terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

2. Bahagian A terdiri daripada soalan berbentuk struktur/soalan pendek sebanyak 8 soalan dan perlu

    dijawab semua.

3. Bahagian A membawa markah sebanyak 40 markah

4. Bahagian B terdiri dari soalan berbentuk jawapan esei, sebanyak 8 soalan dan pelajar perlu memilih dan

     menjawab 4 soalan

5. Bahagian B membawa markah sebanyak 60 markah

6. Kertas 2 membawa wajaran  50% dari 100%

AGIHAN SOALAN SAINS SUKAN KERTAS 2 STPM
1. Terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

2. Bahagian A terdiri daripada soalan berbentukstruktur/soalan pendek sebanyak 8 soalan dan perlu 
     dijawab semua.  

3. Bahagian A membawa markah sebanyak 40 markah 

4. Bahagian B terdiri dari soalan berbentuk jawapan jawab 4 soalan
  • Bahagian B membawa markah sebanyak 60 markah
  • Kertas 2 membawa wajaran 50% dari 100%

Wednesday 15 June 2011

Inhalation dan Exhalation

SISTEM RESPIRATORI - Proses Inhalation dan Exhalation

Teknik Menjawab Sains Sukan STPM

Tips menjawab dan pemilihan soalan Sains Sukan bagi peringkat STPM

Apa2 pun
mesti dimulakan dengan bismillah dan berdoa untuk mendapat keberkatan yang Maha Esa:)

1.
Kuasai istilah2 dalam Sains Sukan, definisi umum topik dari setiap topik / tunjang

2.
Memahami kata soalan dani kehendak soalan serta perlu bijak mngurus dan mengagihkan masa untuk menjawab soalan struktur dan esei

3.
Menjawab berdasarkan markah yang diberi

4.
Pilih dan jawab soalan yang anda ketahui dan yakin dengan jawapan

5.
Tinggalkan soalan yang sukar dahulu

6.
Sekiranya fakta-fakta utama terlupa fakta yang berkaitan, logik dan berkaitan akan diberi markah.

7.
Bagi soalan esei teknik pengolahan adalah sangat penting dan diolah mengikut urutan kaedah FAKTA. BUKTI & CTH (FBC)

8.
Kesilapan tatabahasa dalam pengolahan tidak akan menjejaskan markah.

9.
Gambarajah, jadual, graf atau peta minda yang menyokong fakta-fakta yang anda berikan akan menambah markah.

10. Soalan esei yang mempunyai pecahan soalan seperti a) b) c) adalah lebih mudah berbanding dengan soalan yang tunggal.

11.
Terdapat soalan yang mudah tetapi sukar untuk mendapatkan fakta-fakta perlu dielakkan.

12.
Penggunaan istilah-istilah sains sukan adalah diwajibkan.

13.
Sekiranya semasa menjawab soalan esei/struktur dan tiba-tiba anda mendapat idea atau fakta untuk soalan lain, catatkan fakta tersebut di soalan yang berkaitan agar tidak terlupa.

14.
Gunakan pergerakan fizikal semasa menjawab untuk mendapat kepastian yang maksima untuk mendapatkan kepastian jenis pergerakan tersebut.

15.
Gunakan bahasa yang mudah.

16.
Sekiranya ada masa anda boleh menambah jawapan bagi soalan esei.

17.
Tulisan hendaklah mudah dibaca, tidak berbunga-bunga dan digalakkan menggunakan pen berdakwat kering berwarna biru untuk mengelak daripada kerosakan kertas jawapan.